Jabatan dan Seksyen

 

Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan untuk pemimpin pelapis pendidikan
  2. Mengurus khidmat konsultasi berkaitan bidang kepimpinan untuk pemimpin pelapis dan eksekutif pendidikan
  3. Mengurus penyelidikan berkaitan latihan pemimpin pelapis dan eksekutif pendidikan
  4. Menghasilkan penulisan berkaitan latihan pemimpin pelapis dan eksekutif pendidikan

 carta org npqel

Jabatan Pembangunan Professional Berterusan (JPPB)

FUNGSI

  1. Mengurus program pembangunan profesionalisme berterusan bagi staf dan pemimpin pendidikan
  2. Mengurus konsultasi dalam bidang pembangunan profesionalisme berterusan
  3. Mengurus latihan bagi persediaan pentaksiran Master Trainer
  4. Mengurus direktori kepakaran staf IABCGH
  5. Mengurus aktiviti penyelidikan dalam bidang pembangunan staf
  6. Menyelaras dan mengawal selia sistem pengurusan latihan KPM bagi staf
  7. Menghasilkan bahan penulisan dalam bidang pembangunan profesionalisme

 carta org PBB

 

 

Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan (JPKP)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan kepada pengurus dan pemimpin pendidikan
  2. Mengurus khidmat konsultasi kepada pengurus dan pemimpin pendidikan
  3. Mengurus penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan
  4. Menghasilkan penulisan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan

 carta org pengurusan kepimpinan

 

Jabatan Kepimpinan Kualiti & Inovasi (JKKI)

FUNGSI

  1. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan kualiti daninovasi
  2. Merancang dan melaksana program latihan kepimpinan dan pengurusan strategik, kualiti dan inovasi
  3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti pembudayaan kualiti dan inovasi
  4. Menjalankan penyelidikan berkaitan kualiti dan inovasi

 carta org inovasi2

 

Jabatan Kepimpinan Pendidikan Komuniti & Berkeperluan Khusus (JKPKBK)

FUNGSI

  1. Mengurus latihan kepimpinan pendidikan komuniti dan institusi berkeperluan khusus
  2. Mengurus konsultasi kepimpinan pendidikan komuniti dan institusi berkeperluan khusus
  3. Mengurus penyelidikan kepimpinan pendidikan komuniti dan institusi berkeperluan khusus
  4. Mengurus penulisan kepimpinan pendidikan komuniti dan institusi berkeperluan khusus

 

 

 

Jabatan Konsultasi Kepimpinan Pendidikan (JKKP)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dan konsultasi dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan
  2. Menjalankan penyelidikan berkaitan konsultasi dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidika
  3. Menyediakan bahan penulisan dan penerbitan dalam bidang konsultasi dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan
  4. Mengurus program konsultasi dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan

 carta org coaching

 

Jabatan Kerjasama Luar dan Antarabangsa (JKLA)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang kerjasama luar dan antarabangsa
  2. Mengurus konsultasi dalam bidang kerjasama luar dan antarabangsa
  3. Mengurus dan melaksana aktiviti penyelidikan dalam bidang kerjasama luar dan antarabangsa
  4. Menghasilkan bahan penulisan hasil daripada pelaksanaan program dan aktiviti dalam bidang kerjasama luar dan antarabangsa
  5. Mengurus jaringan kolaboratif dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan dengan pihak luar dan antarabangsa
  6. Mengurus program latihan dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan kepada peserta luar negara

 carta org jkla

 

Jabatan Pengurusan Kewangan & Pentadbiran Pejabat (JPKPP)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang pengurusan kewangan sekolah dan pentadbiran pejabat
  2. Mengurus khidmat konsultasi berkaitan pengurusan kewangan sekolah dan pentadbiran pejabat
  3. Menghasilkan penulisan dalam bidang pengurusan kewangan sekolah dan pentadbiran pejabat
  4. Mewujudkan jaringan dan jalinan dengan bahagian-bahagian KPM dan agensi luar untuk kerjasama dalam bidang pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat
  5. Menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan kewangan sekolah dan pentadbiran pejabat.

 carta org jab kewangan

 

Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi (JKBK)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan kepimpinan bahasa kepada pemimpin pendidikan
  2. Mengurus program latihan dalam bidang komunikasi serta protokol dan etiket sosial.
  3. Memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam semua aspek pengurusan kepimpinan pendidikan.
  4. Menghasilkan penulisan berkaitan kepimpinan bahasa, komunikasi serta protokol dan etiket sosial.
  5. Melaksanakan konsultasi berkaitan kepimpinan bahasa, komunikasi serta protokol dan etiket sosial.
  6. Mengurus penyelidikan berkaitan kepimpinan bahasa, komunikasi serta protokol dan etiket sosial.
  7. Mengurus program pembentukan budaya  organisasi.

 

 

Jabatan Kepimpinan Kurikulum dan Kokurikulum (JKKK)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum
  2. Menjalankan penyelidikan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum
  3. Memberi konsultasi dalam bidang kepimpinan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum
  4. Menghasilkan penulisan bidang kepimpinan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum
  5. Mengurus pentaksiran kecergasan eksekutif
  6. Mewujudkan jaringan dan jalinan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum

 carta org kuri

 

Jabatan Kepimpinan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling (JKHEMK)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan Hal Ehwal Murid dan kaunseling
  2. Menjalankan penyelidikan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling
  3. Memberi konsultasi kepada pemimpin pendidikan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan Hal Ehwal Murid dan kaunseling
  4. Menghasilkan penulisan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan Hal Ehwal Murid dan kaunseling

 Carta Organisasi HEM

 

Jabatan Kepimpinan Teknologi & Digital (JKTD)
 

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang kepimpinan teknologi dan digital
  2. Menjalankan penyelidikan dalam bidang kepimpinan teknologi dan digital
  3. Memberi konsultasi dalam bidang kepimpinan teknologi dan digital
  4. Memberi khidmat bantu dalam bidang teknologi dan digital
  5. Menyebarluaskan perkembangan ilmu terkini dalam bidang teknologi dan digital

 

 

Jabatan Pembangunan e-Pembelajaran (JPeP)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang e-Pembelajaran
  2. Mengurus sistem e-Pembelajaran
  3. Memberi khidmat sokongan dan konsultasi dalam bidang e-Pembelajaran
  4. Menghasilkan penulisan dalam bidang e-Pembelajaran
  5. Menjalankan penyelidikan dalam bidang e-Pembelajaran

 carta org jpep

 

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan (JPPKP)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang penyelidikan pengurusan dan kepimpinan pendidikan
  2. Mengurus penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan
  3. memberi konsultasi dalam bidang penyelidikan pengurusan kepada pemimpin pendidikan
  4. Menghasilkan penulisan dalam bidang penyelidikan berkaitan pengurusan dan kepimpinan pendidikan
  5. Menjalankan kajian keperluan latihan bidang-bidang baharu kepimpinan pendidikan

 carta org penyelidikan

 

 

Jabatan Penilaian dan Pentaksiran  (JPP)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang penilaian dan pentaksiran kepimpinan pendidikan.
  2. Melaksana penilaian dan pentaksiran kepimpinan pendidikan.
  3. Mengurus konsultasi dalam bidang penilaian dan pentaksiran kepimpinan pendidikan.
  4. Mengurus penyelidikan dalam bidang penilaian dan pentaksiran kepimpinan pendidikan.
  5. Mengurus penulisan dalam bidang penilaian dan pentaksiran kepimpinan pendidikan.

JPP Carta Organisasi IABCGH

Jabatan Dokumentasi, Penerbitan & Promosi (JDPP)

FUNGSI

  1. Mengurus program latihan dalam bidang penulisan dan penerbitan
  2. Mengurus aktiviti penulisan, penterjemahan, pendokumentasian dan penerbitan bahan
  3. Mengurus konsultasi dan penerbitan dalam bidang penulisan dan penerbitan
  4. Mengurus aktiviti pentaksiran terhadap bahan penerbitan dalam bidang pengurusan dan kepimpian pendidikan
  5. Mengurus aktiviti penyelidikan dalam bidang penulisan dan penerbitan
  6. Mengurus pembangunan koleksi perpustakaan sama ada bercetak ataupun elektronik untuk dimasukkan ke dalam repositori IABCGH
  7. Mengurus pelan promosi dan jerayawara

 

 

 

Pejabat Timbalan Pendaftar

FUNGSI

  1. Mengurus dan mengelola hal ehwal perkhidmatan dan data perjawatan mengikut waran terkini
  2. Merancang dan membantu pengurusan aset, pembangunan dan penyelenggaraan
  3. Merancang dan merangka perhubungan rasmi dengan agensi kerajaan dan agensi swasta
  4. Merancang dan memantau pengurusan kewangan, akaun dan perolehan
  5. Memantau dan memastikan urusan pentadbiran khidmat sokongan dilaksanakan mengikut prosedur
  6. Mengurus takwim program tahunan
  7. Memantau dan melapor prestasi semua program
  8. Memantau program Pembangunan staf sokongan
  9. Memantau pengunaan premis, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan
  10. Memantau dan melapor aktiviti promosi, publisiti, maklum balas, sistem perkhidmatan dan aduan pelanggan IABCGH serta tindakan penambahbaikan

Seksyen Pengurusan Program (SPP)

FUNGSI

  1. Mengurus kemudahan dan peralatan program dalaman
  2. Mengurus kemudahan dan peralatan program luaran
  3. Menyelaras takwim program tahunan
  4. Melapor prestasi mengajar pensyarah dan pencapaian program
  5. Mengurus program pembangunan profesionalisme staf sokongan
  6. Mengurus penyeliaan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan sajian di inapan
  7. Memantau infrastuktur ICT
  8. Memantau perkhidmatan sumber maklumat yang komprehensif dan terkini

Unit Penyelaras Program (UPP)

  1. Menetapkan jadual waktu, takwim tahunan bagi kursus yang dilaksanakan
  2. Menyusun dan menetapkan jadual penggunaan bilik-bilik kuliah
  3. Menyelenggara susun atur bilik kuliah dan bilik-bilik khas
  4. Menyelaras laporan kursus dan menyediakan laporan bulanan dan tahunan
  5. Mengawal selia dan mengeluarkan sijil kepada semua peserta kursus-kursus yang layak
  6. Urus setia bagi program-program dalaman
  7. Mengurus permohonan tempahan penggunaan premis dari agensi luar

Unit Pengurusan Inapan (UPI)

  1. Menyelaras penggunaan bilik asrama secara optimum
  2. Menggunakan data maklumat diri peserta kursus ke asrama
  3. Menyediakan suasana yang kondusif dan selesa untuk kegiatan di luar bilik kepada peserta kursus
  4. Menyelia kontrak perkhidmatan bekalan makanan bermasak mematuhi kontrak
  5. Menyelia kontrak perkhidmatan dobi
  6. Menyediakan spesifikasi untuk perolehan akan datang bagi perkhidmatan bekalan makanan bermasak dan perkhidmatan dobi
  7. Bertanggungjawab menerima dan menguruskan tempahan makanan untuk mesyuarat perhimpunan / bengkel dan lain-lain dengan pihak pembekal dan memastikan tempahan disediakan
  8. Bertanggungjawab menguruskan tempahan Pesanan Kerajaan (BK-72) dan urusan bayaran tempatan makanan bagi Mesyuarat/  Perhimpunan/Bengkel dan lain-lain setiap bulan
  9. Menyediakan laporan prestasi perkhidmatan setiap program bagi kontraktor bekalan makanan bermasak dan kontraktor dobi

Unit Teknologi (UTek)

  1. Merancang, mereka bentuk dan membangun infrastruktur sistem rangkaian dalaman
  2. Mengurus dan menyelaras sistem rangkaian
  3. Menyelaras urusan perolehan dan pelupusan peralatan ICT
  4. Merancang, menyelaras dan mengurus sistem audio visual dalaman premis
  5. Memberikan khidmat sokongan berkaitan sistem rangkaian dan senggaraan peralatan ICT
  6. Memberi khidmat nasihat sokongan berkaitan keselamatan ICT

Unit Pusat Sumber (UPS)

  1. Menjadi pusat rujukan utama kepada bahan rujukan pengetahuan berkaitan pengurusan dan kepimpinan Pendidikan
  2. Mengurus dan mengemaskini koleksi buku dan bahan rujukan yang diperlukan agar bersesuaian dengan keperluan semasa
  3. Dasar pemilihan dan pembangunan koleksi bahan pusat sumber seperti penambahan, pemeliharaan dan pemulihan bahan agar menepati keperluan latihan
  4. Merancang, melaksana dan mengurus proses pengkatalogan, pengelasan, pengindeksan, pengabstrakan dan pengulasan bahan
  5. Menyediakan perkhidmatan sumber maklumat yang komprehensif dan terkini agar dapat menampung keperluan latihan, khidmat runding cara, penyelidikan dan penulisan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan
  6.  Khidmat runding cara dalam urusan pengurusan pusat sumber dan sistem akses yang mudah dan cepat

Seksyen Kewangan dan Akaun (SKA)

FUNGSI

  1. Menyediakan dan menyelaras anggaran belanja mengurus
  2. Menyediakan dan menyelaras belanjawan dan peruntukan kewangan
  3. Mengurus emolumen pegawai
  4. Memantau akaun panjar dan deposit
  5. Mengurus semua pungutan dan terimaan
  6. Menyedia dan menyelaras anggaran belanja mengurus
  7. Mengurus semua pembayaran yang melibatkan peruntukan yang telah diterima
  8. Menyelaras laporan kewangan
  9. Mengurus perolehan jabatan sama ada secara kaedah pembelian terus, sebut harga atau tender

Unit Kewangan (UKew)

  1. Menyedia anggaran belanja mengurus dan pembangunan untuk diselaraskan di IAB Induk
  2. Mengurus semua tuntutan dan pembayaran emolumen kakitangan
  3. Mengurus ABT bagi semua hasil kerajaan dan bayaran balik yang berkaitan dan memastikan kutipan diakaunkan
  4. Mengurus ABB bagi semua bayaran yang belum selesai
  5. Menyedia laporan-laporan perbelanjaan dan penyata-penyata penyesuaian untuk dilaporkan kepada IAB Induk dan KPM

Unit Akaun (UA)

  1. Menyedia dan menyelaras Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
  2. Mengurus tempahan pesanan tempatan
  3. Memproses baucer-baucer bayaran untuk semua kakitangan, syarikat dan lain-lain yang berkaitan
  4. Mengurus Waran Udara Awam (WUA)
  5. Mengurus Panjar Wang Runcit

Unit Perolehan (UPer)

  1. Melantik kontraktor bagi krja-kerja penyelenggaraan
  2. Menyedia laporan perolehan
  3. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan perolehan jabatan
  4. Menguruskan urusan pendaftaran syarikat
  5. Mengurus perolehan pakaian seragam/kasut
  6. Merancang perolehan tahunan jabatan
  7. Mengurus dan menyelia semua perolehan jabatan (Pembelian Terus/Sebut harga/Tender)
  8. Mengurus pengeluaran Pesanan Tempatan secara elektronik untuk semua jenis perolehan melalui sistem e-Perolehan (Perakuan Pegawai perolehan)

 

Seksyen Pengurusan Aset dan Pembangunan (SPAP)

FUNGSI

  1. Mengurus penyediaan bajet bagi peruntukan pembangunan, perolehan aset, perolehan stok, penyelenggaraan dan perolehan alat-alat ganti
  2. Menyelia dan mengurus hal ehwal di dalam pengurusan aset dan stor kerajaan
  3. Menguruskan program pembangunan profesionalisme staf sokongan
  4. Mengurus rancangan pembangunan

Unit Pengurusan Aset (UPA)

  1. Merancang perolehan bekalan pejabat, inventori, harta modal dan alat-alat ganti
  2. Melaksanakan kerja-kerja pengurusan stor, penerimaan, penyimpanan, pengeluaran, pelupusan dan yang berkaitan
  3. Mengurus Lawatan Mengejut, pemeriksaan stok dan pemverifikasi stor setiap tahun
  4. Melantik pegawai penerimaan, pegawai pemeriksa stok, pegawai pemverifikasi stor
  5. Mengurus dan melaksana pengurusan aset meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan serta kehilangan dan hapus kira
  6. Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) empat kali setahun
  7. Mengurus selia Sistem Pengurusan Aset (SPA) dan Sistem Pengurusan Stor (SPS)

Unit Pembangunan (UPem)

  1. Merancang, menyelaras dan memantau projek pembangunan
  2. Mewujudkan kerjasama dengan institusi dalam KPM yang terlibat dalam program pembangunan
  3. Menyedia ringkasan projek bagi setiap program pembangunan yang dirancang
  4. Menyedia anggaran belanja dan spefikasi projek pembanguan yang akan dijalankan
  5. Menyedia dan menghantar laporan pembangunan dan penyelenggaraan
  6. Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pembangunan

Seksyen Khidmat Pengurusan (SKP)

FUNGSI

  1. Menguruskan urusan tatatertib
  2. Menguruskan mesyuarat panel pembangunan sumber manusia
  3. Melaksana tugas urus setia majlis persaraan IABCGH
  4. Melaksanakan tugas urus setia mesyuarat PSM
  5. Menyedia dan memantau garis panduan dan peraturan pentadbiran dalaman
  6. Melaksanakan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan mesyurat Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

 

Unit Pentadbiran (UPen)

  1. Mengurus kebersihan dan keceriaan bangunan dan kawasan
  2. Mengurus dan memantau keselamatan bangunan dan kawasan
  3. Mengurus kenderaan jabatan
  4. Mengurus dan merekod surat keluar masuk Jabatan
  5. Mengurus dan mentadbir sistem-sistem jabatan (Hrmis/Biometrik)
  6. Menguruskan Kuarters Kerajaan
  7. Mentadbir kontrak perkhidmatan (PKK/ KBK/Mesin Fotostats/Penapis Air/ Utiliti/ Telefon)
  8. Menguruskan pengoperasian cafeteria
  9. Menguruskan permohonan keluar negara
  10. Menguruskan sistem fail dan rekod
  11. Menguruskan Mesyuarat Staf

Unit Sumber Pengurusan Manusia (UPSM)

  1. Mengurus dan mengelola hal ehwal perkhidmatan dan perjawatan semua personel IAB
  2. Menguruskan laporan-laporan perubahan personel
  3. Merekodkan dan menyenggara buku perkhidmatan kerajaan
  4. Menyimpan dan menyenggara rekod-rekod cuti
  5. Menguruskan pengisian jawatan
    • Urusan kenaikan pangkat staf
    • Urusan pertukaran staf
  6. Pengesahan dalam jawatan dan urusan kemasukan ke jawatan berpencen
  7. Semua urusan persaraan dan pencen staf
  8. Perancangan kerja dan prestasi tahunan staf
  9. Menyimpan dan menyenggara rekod dan fail ikhtisas dan sokongan
  10. Menyenggara dan mengendali sistem maklumat staf berkomputer

CARTA SKP 20092023