Sistem Pengurusan Kualiti (SP-Q)

Laman SP-Q merupakan Laman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Institut Aminuddin Baki (IAB). SP bermaksud Sistem Pengurusan dan simbol Q merujuk kepada Kualiti. Laman SP-Q memaparkan maklumat berkaitan Dokumen Kualiti IAB seperti Manual Kualiti, Prosedur Kerja Sistem (PKSI), Prosedur Kerja Operasi (PKOP), Prosedur Kerja Sokongan (PKSO), Arahan Kerja (AK) dan Borang Kualiti (BK). Ia akan memudahkan penyebaran maklumat berkaitan Dokumen Kualiti  seperti keluaran, pindaan, dan status dokumen. Pengguna akan mendapat maklumat secara mudah dan pantas hanya dengan klik pada maklumat yang diperlukan. Keselamatan dan pengawalan dokumen kualiti juga akan lebih terjamin. Paparan maklumat berkaitan Pelan Pengurusan Risiko, Audit Dalaman, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP), Pengurusan Lembaga Pengajian, Pengurusan Semakan Kurikulum, Pengurusan Peperiksaan & Pentaksiran dan Audit Pihak Ketiga pada laman web ini menunjukkan kitaran PDCA Sistem Pengurusan Kualiti IAB.  

Laman SP-Q merupakan satu wahana untuk memaparkan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) IAB.

 

Penafian Mengenai Perkongsian Kata Laluan Semua Dokumen IAB

Perkongsian kata laluan adalah dilarang sama sekali. Kata laluan dianggap sebagai maklumat sulit dan hanya boleh digunakan oleh staf IAB sahaja. Perkongsian kata laluan dengan mana-mana pihak, sama ada dalam atau luar organisasi, boleh menjejaskan keselamatan sistem, integriti data dan akauntabiliti pengguna. Sebarang individu yang didapati berkongsi atau mendedahkan kata laluan mereka boleh dikenakan tindakan. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan kata laluan mereka dan mesti melaporkan sebarang pelanggaran keselamatan yang disyaki dengan segera.