Pusat Pembangunan dan Pengurusan Teknologi (PPPT) mempunyai tiga jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Pengurusan Sistem Maklumat (JPSM), Jabatan e-Pembelajaran (JeP) dan Jabatan Perancangan & Senggaraan ICT (JPSI).
Fungsi Pusat PPPT
- Mengkaji, merancang dan memantau dasar-dasar ICT IAB selaras dengan dasar ICT KPM dan MAMPU dalam e-Pembelajaran, sistem maklumat dan rangkaian serta senggaraan ICT.
- Merancang dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT selaras dengan Pelan Strategik IAB dalam e-Pembelajaran, sistem maklumat dan rangkaian serta senggaraan ICT.
- Merancang, mengurus dan mengawal selia infrastruktur dan infostruktur ICT untuk menyokong pelaksanaan pengurusan dan program latihan IAB.
- Merancang, menggubal dan mengurus latihan dalam bidang pengurusan teknologi dan ICT.