Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
- Merekayasa PUSPANITA
- Memperkukuhkan tadbir urus
- Memperkasa dan mengupayakan ahli
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
- Memperluaskan rangkaian strategik
Visi
PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif
Misi
Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA
Moto
“Wanita Sepakat Negara Meningkat”
YB. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail (November 2022 – kini)
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu
Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily binti Dato' Abu Bakar
Sila rujuk Laman Web Rasmi PUSPANITA: Klik SIni
Sila rujuk Laman Web Rasmi PUSPANITA: Klik Sini