Sejarah IABCGH
Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan, ditubuhkan untuk memantapkan sistem pengurusan dan kepimpinan pendidikan Malaysia. IAB bermula sebagai Malaysian Educational Staff Training Institute (MESTI) yang ditubuhkan pada Mac 1979.
Sasaran program latihan MESTI mencakupi:
- Perancangan, pentadbiran serta penyeliaan pendidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
- Staf pengurusan serta pengurus-pengurus institusi pendidikan.
- Pendidik serta jurulatih guru-guru.
- Staf sokongan pentadbiran.
MESTI kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN) pada tahun 1985 dengan perpindahan operasinya ke kampus induknya sendiri yang terletak di kawasan seluas 121 ekar di Genting Highlands.
Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan Malaysia mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai mengenang jasa Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dalam bidang pendidikan. Matlamat IAB ialah untuk membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya.
Pada tahun 2013, kampus induk IAB berpindah ke Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Dengan itu, kampus IAB di Genting Highlands bertukar status sebagai kampus cawangan dan dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, IABCGH.
Sebagai kampus cawangan, IABCGH meneruskan misi pembangunan kapasiti kepimpinan pendidikan untuk meningkatkan kualiti organisasi pendidikan melalui pelaksanaan program latihan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang memenuhi keperluan peserta di dalam atau dari luar negara, selaras dengan visi IABCGH sebagai pusat pembangunan kepimpinan pendidikan terbilang.
Iklan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG12 untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Kanan Gred DG12 di IABCGH.
3. Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengimbas QR Code seperti di poster iklan yang di lampiran.
4. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun 2026 atau sehingga pengisian kekosongan jawatan diisi sepenuhnya.
Sekian, terima kasih.
Hubungi Kami
.
