Soalan-soalan Lazim (FAQs)
BIL |
SOALAN |
BIL |
JAWAPAN |
Q1 |
Apakah itu Program Master Trainer (PMT) IAB? |
A1 |
Program untuk membangun, mentaksir dan mentauliahkan profesional Trainer dan Coach secara sistematik bagi meningkatkan kompetensi kejurulatihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. |
Q2 |
Bolehkah seorang pensyarah IAB mengendalikan sesi latihan tanpa pensijilan PMT IAB? |
A2 |
Boleh namun begitu semua jurulatih digalakkan untuk mendapat sijil MTIAB untuk memastikan kualiti perkhidmatan dalam bidang latihan dan pembangunan IAB. |
Q3 |
Siapakah yang layak memohon pensijilan PMT IAB? |
A3 |
Semua pegawai perkhidmatan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terlibat dalam pembelajaran dan pembangunan individu/organisasi serta pengamal kepimpinan dan pengurusan organisasi pendidikan di Malaysia layak memohon MTIAB. |
Q4 |
Adakah kursus persediaan bagi persijilan PMT IAB wajib dihadiri oleh semua pemohon PMT IAB? |
A4 |
Ya, kerana ia menjadi syarat persijilan PMT. |
Q5 |
Siapakah badan/agensi yang mentauliahkan pensijilan Program Master Trainer IAB (PMTIAB)? |
A5 |
Lembaga Pengajian IAB. |
Q6 |
Siapakah yang mengiktiraf badan PMT - Educational Leadership Management (ELM) IAB? |
A6 |
IAB sebagai pusat latihan dan pembangunan kepimpinan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai sijil MS ISO 9001:2008 sebagai kredibiliti untuk mengiktiraf personal yang terlibat dalam latihan dan pembangunan. |
Q7 |
Siapakah ahli-ahli dalam Lembaga Pengajian IAB? |
A7 |
Pengurusan Tertinggi IAB dan pakar-pakar yang terpilih. |
Q8 |
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh seorang pensyarah sekiranya dia tidak berpuas hati dengan penilaian pentaksiran? |
A8 |
Boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengajian IAB. |
Q9 |
Berapa lama tempoh masa yang diperlukan oleh seorang Trainer untuk melayakkannya menghadiri kursus persediaan bagi pensijilan PMT? |
A9 |
Bergantung kepada tempoh masa syarat umum individu bagi pensijilan yang dipohon. |