JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENTAKSIRAN
Mengurus dan melaksanakan kajian keperluan pembangunan, membangunkan sistem pentaksiran, audit pentaksiran dan menggabungjalinkan kemahiran membuat keputusan menggunakan data serta program pembangunan pemimpin pendidikan bagi meningkatkan kompetensi pemimpin pelapis.
JABATAN PENTAKSIRAN MASTER TRAINER
Merangka dan melaksanakan pembangunan, pengkajian, pentaksiran dan pengurusan pensijilan Master Trainer serta menyelia dan mengemaskini direktori pensijilan mengikut peredaran masa dalam usaha memperkasakan kepimpinan pendidikan.
JABATAN PENTAKSIRAN PEMIMPIN PENDIDIKAN
Menyedia, menyelaras dan membuat penambahbaikan instrumen pentaksiran dan standard kompetensi pemimpin pendidikan bagi keperluan pemimpin pendidikan dalam menyediakan pelan pembangunan pemimpin pendidikan dan pemimpin sistem pendidikan pada peringkat individu (ID) dan organisasi (OD) dengan kerjasama agensi-agensi dalam dan luar KPM.