Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
- Menyelaras dan memantau pengumpulan manuskrip untuk doket penerbitan.
- Menyelaras dan memantau proses penerbitan merangkumi penyediaan spesifikasi, reka bentuk, penyuntingan, pembacaan pruf dan konsultasi penerbitan.
- Menyelaras, memantau dan menilai bahan bercetak dan eletronik untuk dimuat naik ke portal dan repositori IAB.
- Mengurus dan menyelaras penyebaran (diseminasi) dan promosi bahan sumber maklumat.
- Menyelaras, mengurus dan memberi khidmat nasihat mengenai pembangunan kandungan repositori IAB.
- Menyelaras, memantau dan menilai latihan, konsultasi, pentaksiran dan penyelidikan dalam bidang penerbitan dan dokumentasi.
Jabatan Sumber Pendidikan
- Mengurus pemilihan dan pembangunan koleksi bahan bercetak perpustakaan seperti penambahan, pemeliharaan dan pemuliharaan bahan agar menepati keperluan latihan.
- Memantau proses pendokumentasian merangkumi pengkatalogan, pengkelasan, pengindeksan serta pengabstrakan bahan ke dalam sistem automasi perpustakaan IAB.
- Menyelaras perkhidmatan perpustakaan IAB sebagai pusat rujukan setempat dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
- Menyelaras khidmat runding cara dan nasihat kepada pelanggan.
- Menyelaras promosi perkhidmatan dan Program Galakan membaca IAB.
- Memantau portal berpusat perpustakaan IAB ke arah perkongsian strategik maklumat perpustakaan secara dalam talian.
- Mengurus pendigitalan bahan untuk membangun dan memantapkan kandungan repositori IAB.
- Mengurus Arkib Khas IAB sebagai tempat pengumpulan dan pameran koleksi peribadi mantan Pengarah-Pengarah IAB atau pelbagai koleksi bersejarah mengenai IAB.