Fungsi Jabatan

 

FUNGSI JABATAN

1. JABATAN KEPIMPINAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM (JKKK)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, menggubal dan melaksana program latihan dalam bidang-bidang pengurusan
    dan kepimpinan kurikulum dan kokurikulum.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
  • Memberi khidmat konsultasi dalam bidang pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
  • Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan membuat penilaian bagi aktiviti kecergasan
    eksekutif dalam kalangan staf.
  • Menyenggara peralatan sukan, gimnasium dan gelanggang permainan.
  • Mewujudkan jaringan dengan bahagian-bahagian KPM dan jalinan dengan agensi luar untuk
    kerjasama dalam bidang pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
  • Memberikan khidmat konsultasi proses akreditasi program.

 

2. JABATAN KEPIMPINAN HAL EHWAL MURID DAN KAUNSELING (JKHEMK)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, menyelia dan melaksana program latihan dalam bidang pengurusan HEM dan
    kaunseling.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan HEM dan kaunseling.
  • Memberikan khidmat konsultasi kepada institusi pendidikan dalam bidang pengurusan HEM
    dan kaunselling.
  • Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang pengurusan HEM dan kaunseling.
  • Menyelaras program kolaborasi bagi aktiviti disiplin dan kaunseling antara IAB dengan JPN
    dan PPD.
  • Mewujudkan jaringan dengan bahagian-bahagian KPM dan jalinan dengan agensi luar untuk
    kerjasama dalam bidang pengurusan HEM dan kaunseling.
  • Merancang, menyedia dan menguruskan kaunselor organisasi.

 

3. JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT (JPKPP)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai program latihan dalam bidang
    pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan dan akaun sekolah.
  • Merancang dan memberi khidmat konsultasi berkaitan pentadbiran pejabat. dan pengurusan
    kewangan sekolah.
  • Merancang dan memberi khidmat konsultasi berkaitan pengurusan stor dan aset.
  • Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang pentadbiran pejabat dan pengurusan kewangan
    sekolah.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang pentadbiran pejabat dan pengurusan kewangan
    sekolah.
  • Mewujudkan jaringan dengan bahagian-bahagian KPM dan jalinan dengan agensi luar untuk
    kerjasama dalam bidang pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat.

 

4. JABATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN (JPPKP)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, menggubal dan melaksana program latihan dalam bidang penyelidikan
    pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Menghasilkan penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Memberi khidmat konsultasi dalam bidang penyelidikan pengurusan pendidikan kepada
    pemimpin pendidikan.
  • Menyelaras dan melaksanakan program latihan dalam bidang penyelidikan dan
    pembangunan program latihan.
  • Menerbitkan bahan penulisan dalam bidang penyelidikan pengurusan pendidikan.
  • Menjalankan pelaksanaan program latihan dalam bidang penilaian pendidikan untuk
    pemimpin pendidikan.
  • Mengadakan penilaian keberkesanan program latihan dalam bidang penilaian pendidikan
    untuk pemimpin pendidikan.
  • Menjalankan kajian dalam bidang penilaian pendidikan.
  • Menjalankan kajian keperluan latihan bidang-bidang baharu kepimpinan pendidikan.

 

5. JABATAN PEMBANGUNAN PENGURUS, PEMIMPIN DAN EKSEKUTIF PENDIDIKAN (JPPPEP)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan program latihan untuk pemimpin pelapis
    pendidikan melalui program NPQEL.
  • Mereka bentuk dan menyelaras khidmat konsultasi berkaitan bidang kepimpinan untuk
    pemimpin pelapis dan eksekutif pendidikan.
  • Melaksanakan penilaian, penyelidikan dan penulisan berkaitan latihan pemimpin pelapis dan
    eksekutif pendidikan.
  • Menganjur persidangan, seminar dan wacana ilmiah dalam bidang pengurusan dan
    kepimpinan pendidikan untuk memben pemimpin.
  • Menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah berkaitan latihan pemimpin
    pelapis.
  • Mengadakan program perkongsian professional dalam bidang pengurusan dan kepimpinan.

 

6. JABATAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN (JPKP)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, melaksana dan menyelaras program latihan untuk meningkatkan kompetensi
    pengurus dan pemimpin pendidikan.
  • Merancang, membangun dan menyelaras program pembangunan profesionalisme.
    berterusan (PBB) bagi pemimpin sekolah berdasarkan pencapaian prestasi dan kompetensi
    yang diperlukan.
  • Merancang, membangun dan menyelaras program pembangunan kompetensi pemimpin
    pertengahan.
  • Menyelaras kursus kepimpinan dan pengurusan pendidikan, pembangunan kepimpinan
    sekolah, kepimpinan untuk perubahan dan kemahiran insaniah dalam organisasi pendidikan.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Memberi khidmat konsultasi dalam bidang asas pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Merancang, menyelaras dan mengawal selia program perkongsian profesional dalam bidang
    pengurusan dan kepimpinan.
  • Melaksanakan program latihan untuk potential leaders dalam bidang asas pengurusan dan
    kepimpinan pendidikan.
  • Merancang, membangun dan melaksanakan program pembangunan organisasi untuk
    kecemerlangan sekolah (PrOD).
  • Memberi khidmat konsultasi dalam bidang pentaksiran dan program pemba-ngunan
    organisasi untuk kecemerlangan sekolah (PrOD).
  • Menghasilkan bahan penulisan, penilaian dan pentaksiran bagi program pemba-ngunan
    organisasi untuk kecemerlangan sekolah (PrOD).

 

7. JABATAN KERJASAMA LUAR DAN ANTARABANGSA (JKLA)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, membangun, melaksana dan menilai program latihan dalam bidang kerjasama
    luar antarabangsa.
  • Merancang, menelaras dan melaksana konsultasi dalam bidang kerjasama luar dan
    antarabangsa.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan dalam bidang kerjasama luar dan antarabangsa.
  • Menghasilkan bahan penulisan hasil daripada pelaksanaan program dan aktiviti dalam bidang
    kerjasama luar dan antarabangsa.
  • Melaksanakan kajian komparatif dalam bidang kepimpinan pendidikan.
  • Mengurus dan membina jaringan kolaboratif dalam bidang pengurusan dan kepimpinan
    pendidikan (ELM) dengan pihak luar dan antarabangsa.
  • Memberikan latihan penyediaan dokumen kerjasama (MoU, NoU dan LoI) dengan pihak luar.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan dan melaksanakan program latihan dalam bidang
    pengurusan dan kepimpinan pendidikan kepada peserta luar negara.

 

8. JABATAN KEPIMPINAN BAHASA DAN KOMUNIKASI (JKBK)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan program latihan pengurusan penggunaan
    Bahasa komunikasi, protocol dan etiket sosial.
  • Memantau dan menilai pelaksanaan program latihan pengurusan penggunaan bahasa,
    komunikasi, protokol dan etiket sosial.
  • Menyebar luas, memperkasa dan mengimplementasikan penggunaan Bahasa Melayu dan
    Bahasa Inggeris secara lisan dan penulisan dalam semua aspek pengurusan kepimpinan
    pendidikan.
  • Menghasilkan penulisan bahan-bahan ilmiah dalam bidang bahasa, komunikasi, protokol dan
    etiket sosial.
  • Melaksanakan konsultasi kepada pemimpin pendidikan tentang komunikasi organisasi,
    protokol dan etiket sosial.
  • Merancang dan melaksanakan penyelidikan berkaitan pengurusan penggunaan bahasa,
    komunikasi, protokol dan etiket sosial.
  • Memberi latihan kepimpinan pengurusan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan bahasa.
  • Merancang, menyelaras dan mengawal selia program latihan pengurusan bahasa dan
    komunikasi.
  • Merancang, menyelia dan melaksana program pengukuhan pembentukan budaya dalam
    organisasi.

 

9. JABATAN KONSULTASI KEPIMPINAN PENDIDIKAN (JKKP)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, melaksana dan menilai program latihan dan pembangunan dalam bidang
    konsultasi kepimpinan pendidikan.
  • Membangun dan melaksana program kemahiran konsultasi dan runding cara untuk
    pembangunan organisasi.
  • Mengurus dan melaksana latihan peningkatan kemahiran amalan konsultasi dan runding
    cara untuk pembangunan organisasi pendidikan.
  • Menjalankan perkongsian pintar dengan PPD, JPN dan KPM berkaitan amalan konsultasi dan
    runding cara untuk pembangunan organisasi pendidikan.
  • Menyelaras dan melaksana program bimbingan dan khidmat nasihat untuk pembangunan
    organisasi pendidikan.
  • Merangka penilaian keberkesanan amalan konsultasi dan runding cara kepimpinan untuk
    pembangunan organisasi pendidikan.
  • Menyediakan bahan penulisan dan penerbitan berkaitan konsultasi dalam pendidikan.

 

10. JABATAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI DAN DIGITAL (JKTD)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Mengenal pasti, mereka bentuk dan membangun program kepimpinan teknologi dan digital.
  • Mengurus dan melaksana program dalam bidang kepimpinan teknologi dan digital untuk
    pemimpin pendidikan.
  • Menjalankan penyelidikan dalam menilai dan menambah baik modul latihan kepimpinan
    teknologi dan digital dalam bidang aplikasi komputer.
  • Memberi khidmat konsultasi kepada pelanggan IAB dalam bidang aplikasi komputer.
  • Merancang aktiviti penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu seperti pembinaan
    pengkalan data berkenaan dengan aplikasi komputer.
  • Mereka bentuk, membangun dan menyenggara pembangunan sistem maklumat serta
    rangkaian.
  • Menyelaras dan mentadbir sistem maklumat dan rangkaian.
  • Menyelaras, mentadbir dan mengawal selia pembangunan pusat data (DC) dan pusat
    pemulihan bencana (DRC).
  • Memberi khidmat latihan, khidmat sokongan dan konsultasi berkaitan sistem maklumat dan
    rangkaian.
  • Mengurus, mengawal selia dan memberi khidmat penyelenggaraan perkakasan ICT.
  • Menerapkan kemahiran dan nilai dalam kepimpinan teknologi dan digital.
  • Memberikan khidmat latihan dan khidmat sokongan berkaitan penggunaan dan peralatan ICT

 

11. JABATAN KEPIMPINAN KUALITI DAN INOVASI (JKKI)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Mengurus dan menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPK).
  • Merancang dan melaksana tindakan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti (SPK).
  • Merancang dan melaksana program latihan dalam pengurusan kualiti dan inovasi.
  • Memberi khidmat latihan dan konsultasi berkaitan pengurusan kualiti dan inovasi.
  • Memastikan amalan pengurusan kualiti dijalankan mengikut standard ISO yang ditetapkan.
  • Memantau, menyelaras, menyediakan dan melaporkan pencapaian objektif kualiti.
  • Memberi khidmat latihan dan konsultasi berkaitan dengan pengurusan kualiti dan pengurusan strategik.
  • Menyelaras dan melaksanakan aktiviti pembudayaan inovasi.
  • Menjalankan penyelidikan berkaitan kualiti dan inovasi.
  • Mengawal selia pencapaian Pelan Induk Kecemerlangan (PIK).
  • Merangka, mengurus, menyedia dan mengawal selia Pelan Pengurusan Risiko.

 

12. JABATAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (JPPB)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, mengawal selia dan menjalankan program pembangunan profesionalisme berterusan kepada staf.
  • Merancang, mengawal selia dan menjalankan program pembangunan profesionalisme bagi
    staf baharu.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana konsultasi dalam bidang pembangunan
    profesionalisme berterusan.
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan latihan bagi persediaan pentaksiran Master Trainer
    (Certified Trainer dan Certified Master Trainer) kepada kumpulan ikhtisas.
  • Menyelaras pendidikan lanjutan kumpulan staf ikhtisas.
  • Mengawal selia dan mengurus direktori kepakaran staf ikhtisas.
  • Menyelaras dan mengawal selia sistem pengurusan latihan KPM bagi staf.
  • Menyelaras dan menjadi urusetia jawatankuasa pembangunan sumber manusia.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan dalam bidang pembangunan staf.
  • Menghasilkan bahan penulisan berdasarkan program dan aktiviti yang dijalankan dalam
    pembangunan profesionalisme staf.

 

13. JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN (JPP)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, membangun dan melaksana program latihan dalam bidang penilaian dan
    pentaksiran pendidikan.
  • Mengurus dan melaksanakan pentaksiran pemimpin pelapis dan pensyarah.
  • Menyelaras penggubalan dan pemurnian item, pelaksanaan, analisis dan pelaporan ujian
    akhir kursus (UAK) program NPQEL.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang penilaian dan pentaksiran pemimpin pendidikan.
  • Membangun dan menjalankan modul latihan dalam bidang penilaian pendidikan untuk
    pemimpin pendidikan.
  • Menyelaras penilaian keberkesanan program latihan dalam bidang penilaian pendidikan
    untuk pemimpin pendidikan.
  • Menjalankan kajian dalam bidang penilaian pendidikan.
  • Merancang, meneliti dan menganalisis keperluan pembangunan pemimpin pendidikan.
  • Merancang, merangka dan menganalisis keperluan pembangunan bakat kepimpinan dalam
    sistem pendidikan.
  • Merancang dan meneliti keperluan untuk pemilihan pemimpin pelapis dalam bidang
    pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Merancang dan mengenal pasti kompetensi untuk pembangunan pemimpin pelapis dalam
    bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Merancang, membangun dan menyelaras program Master Trainer dalam bidang pengurusan
    dan kepimpinan pendidikan.
  • Merancang, memimpin, menyelaras urusan pentaksiran dan peperiksaan dalam bidang
    pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Merancang jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam dan luar KPM bagi
    meningkatkan kualiti pentaksiran dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

14. JABATAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KOMUNITI DAN BEKEPERLUAN KHUSUS (JKPKBK)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, membangun, melaksana dan menilai program latihan dan pembangunan dalam
    bidang pengurusan asas pendidikan dan komunitI.
  • Membantu dan melaksana program pentaksiran untuk mengenal pasti jurang kompetensi.
    pemimpin pendidikan dengan kursus dan latihan yang diperlukan dalam bidang pengurusan
    asas pendidikan dan komuniti.
  • Merancang dan eyelaras penyelidikan dalam bidang pengurusan asas pendidikan dan
    komuniti.
  • Merancang, melaksana dan menilai program konsultasi dalam bidang pengurusan asas
    pendidikan dan komuniti.
  • Menghasilkan penulisan ilmiah dalam bidang pengurusan asas pendidikan dan komuniti.
  • Merancang model pengurusan dan kepimpinan pembangunan kepimpinan pendidikan
    komuniti yang berkesan sebagai tanda aras kepada pemimpin pendidikan.
  • Merancang, mengelola dan membina jaringan dan jalinan serta perundingan dengan pihakpihak yang berkepentingan dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan.
    pendidikan pembangunan komuniti
  • Mengurus dan melaksana keperluan dan keberkesanan tindak ikut dan tindak susul (FuFT)
    bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan perpaduan, kenegaraan, nilai dan integriti.
  • Mengurus dan melaksana program latihan, konsultasi, pentaksiran, penyelidikan, penerbitan
    dan pasukan pemikir khusus dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan, nilai dan
    integriti.

 

15. JABATAN PEMBANGUNAN ePEMBELAJARAN (JPeP)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, menggubal dan melaksana program latihan dalam bidang e-Pembelajaran.
  • Membantu melaksanakan pentaksiran dalam program institusi.
  • Menjadi kumpulan pemikir dalam bidang e-pembelajaran.
  • Memberi khidmat bimbingan dan konsultasi dalam bidang e-pembelajaran.
  • Memberikan khidmat latihan dan khidmat sokongan berkaitan bahan untuk pembangunan modul ePembelajaran.
  • Memberikan khidmat sokongan kepada staf IAB dan pengguna e-Pembelajaran atau web.
  • Merancang aktiviti penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu seperti pembinaan
    pengkalan data berkenaan dengan aplikasi komputer.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang e-pembelajaran.
  • Menghasilkan bahan penulisan dalam bidang e-pembelajaran untuk diterbitkan.
  • Menerapkan kemahiran dan nilai dalam kepimpinan teknologi dan digital.
  • Memberikan khidmat latihan dan khidmat sokongan berkaitan penggunaan dan peralatan ICT

 

16. JABATAN PENERBITAN, DOKUMENTASI DAN SUMBER PENDIDIKAN (JPDSP)
 

Fungsi dan Tugas Jabatan

  • Merancang, membangun, melaksana dan menilai program latihan dalam bidang penulisan
    dan penerbitan
  • Merancang dan menyelaras semua aktiviti penulisan, penterjemahan dan dokumentasi untuk
    tujuan penerbitan
  • Merancang dan menjalankan penyelidikan dalam bidang penulisan dan penerbitan
  • Merancang dan mengawal selia bahan penerbitan
  • Merancang dan mengawal selia pembangunan koleksi perpustakaan
  • Menjalankan proses pengumpulan manuskrip untuk doket penerbitan
  • Merancang dan mengawal selia pembangunan kandungan repositori
  • Merancang dan mengawal selia penyebaran (diseminasi) dan promosi bahan sumber
    maklumat
  • Merancang dan mengawal selia latihan, konsultasi, pentaksiran dan penyelidikan dalam
    bidang penerbitan dan dokumentasi
  • Merancang dan mengawal selia pendokumentasian bahan bercetak dan elektronik
  • Melaksanakan proses penerbitan merangkumi penyediaan spesifikasi, reka bentuk,
    penyuntingan, pembacaan pruf dan konsultasi penerbitan
  • Menyelaras, menguruskan dan menilai bahan bercetak dan elektronik untuk dimuat naik ke
    portal dan repositori
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan promosi dan jerayawara program latihan
  • Mengurus dan menyelaras penyebaran (diseminasi) dan promosi bahan sumber maklumat
  • Menyelaras, mengurus dan memberi khidmat nasihat mengenal pembangunan kandungan
    repositori.