Fungsi Pusat

1 Pengenalan

 

 

Label Fungsi

2 Fungsi

 

 

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Teknologi (PPPT) mempunyai tiga jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Pengurusan Sistem Maklumat (JPSM), Jabatan e-Pembelajaran (JeP) dan Jabatan Perancangan & Senggaraan ICT (JPSI).

Fungsi Pusat PPPT

  1. Mengkaji, merancang dan memantau dasar-dasar ICT IAB selaras dengan dasar ICT KPM dan MAMPU dalam e-Pembelajaran, sistem maklumat dan rangkaian serta senggaraan ICT.

  2. Merancang dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT selaras dengan Pelan Strategik IAB dalam e-Pembelajaran, sistem maklumat dan rangkaian serta senggaraan ICT.

  3. Merancang, mengurus dan mengawal selia infrastruktur dan infostruktur ICT untuk menyokong pelaksanaan pengurusan dan program latihan IAB.

  4. Merancang, menggubal dan mengurus latihan dalam bidang pengurusan teknologi dan ICT.