Aktiviti Tahun 2024

JANUARI

AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA IABCU SIRI 1/2024

Tarikh   :  11 Januari 2024
Tempat : Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Peserta : Semua Warga IABCU
Ringkasan aktiviti :
Gotong Royong Perdana adalah satu aktiviti tahunan yang sering kali dilaksanakan Di IABCU.Gotong Royong ini melibatkan keseluruhan staf IABCU dan dibantu oleh para pekerja kontrak pembersihan. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi memastikan seluruh kawasan IABCU samada luar dan dalam berada senantiasa dalam keadaan bersih dan ceria. Tambahan pula IABCU adalah merupakan organisasi contoh dalam program EKSA. Persekitaran yang kondusif dan selesa dapat memberi keyakinan kepada para klien terhadap IABCU.gotongroyong

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PERSARAAN PUAN MARDIANA BT MUHAMAD
Tarikh   :  7 Januari 2024
Tempat : Auditorium Seri Perdana, IABCU
Peserta : Semua Warga IABCU
Ringkasan aktiviti :
Perhimpunan Bulanan bulan Januari 2024 telah diadakan di Auditorium Perdana IABCU pada tanggal 07 Januari 2024. Seluruh kakitangan dan staf IABCU telah telah hadir dalam majlis tersebut. Dalam ucapan Pengarah Cawangan,beliau telah memberi pesanan kepada semua staf IABCU agar bekerja dengan tekun, amanah dan berintegriti. Majlis perhimpunan bulanan ini juga diadakan serentak bersama dengan majlis persaraan pensyarah IABCU.perhimpunan1
MESYUARAT JKPAK & JPKA BIL.1
Tarikh   :  4 Januari 2024
Tempat : Bilik Melur, IABCU
Peserta : Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan dan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Aset
Ringkasan aktiviti :
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan akan bermesyuarat tiga bulan sekali dan Jawatankuasa Pengurusan kewangan dan Aset bermesyuarat empat kali setahun. Fungsi JKPAK berfokus kepada membentang laporan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Pengursan Stor.  Seterusnya fungsi JPKA pula membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan Bajet, Perakaunan, Pungutan dan Tunggakan Hasil dan lain-lain.jkpak