Jom sertai program Inspirasi IAB
Sesi Refleksi, Libat Urus dan Aspirasi Hala Tuju Kepimpinan Pendidikan
Program ini bukan sekadar sesi perkongsian biasa, tetapi ruang santai untuk kita mendengar terus input, idea dan hala tuju berkaitan dengan kepimpinan pendidikan dan inisiatif semasa.
Sesuai untuk warga pendidikan yang cakna isu semasa dan sentiasa bersedia membawa perubahan positif di organisasi masing-masing.
📌 Maklumat program:
📅 Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9:00-10:00 pagi
📍 Tempat/Platform: https://youtu.be/pTAJQBwD3BI
🎯 Sasaran: Pemimpin Pendidikan/Warga KPM
Jom hadir, dengar, ambil input dan sama-sama serlahkan potensi kepimpinan pendidikan.
Program Audio Siar Inspirasi
Santai ilmunya, besar impaknya.
