Satu pertemuan penting telah berlangsung pada 5 Januari 2026 di Balai Itqan, Institut Aminuddin Baki melibatkan Sesi Profesionalisme bersama-sama dengan YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM).

Fokus utama adalah untuk menyelaraskan gerak kerja dan memperkasakan pengurusan Sektor Pembangunan Profesionalisme demi masa depan anak bangsa. Semangat "Reformasi Pendidikan" terus ditekankan bagi memastikan kualiti pendidikan kita kekal relevan dan berdaya saing.

Selamat bertugas dan selamat maju jaya buat semua yang terlibat dalam sesi hari ini.