MENCORAK MASA DEPAN PENDIDIKAN NEGARA: SESI PENATARAN RPM 2026-2035

Hari ini, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah melangkah setapak lagi dalam memperkukuh agenda pendidikan negara melalui Sesi Penataran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Program yang berlangsung di Balai Wacana, IAB Induk dan secara dalam talian melalui Google Meet ini bertujuan untuk menyelaraskan kefahaman seluruh warga IAB terhadap dokumen penting yang bakal mencorakkan hala tuju pendidikan kita bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Fokus Kami

Berdasarkan dokumen RPM 2026-2035, kita memberikan tumpuan kepada:

✅ 5 Ciri Murid: Beradab, Berilmu, Berkemahiran, Berdaya Tahan & Berkeyakinan.

✅ 5 Tumpuan Utama: Mutu, Akses & Ekuiti, Ketersediaan Sumber, Keluwesan & Kemampanan.

✅ 7 Teras Strategik: Meliputi transformasi sistem, murid, pendidik, prasarana digital, sinergi, kemampanan, dan tadbir urus yang cekap.

Intipati Sesi

Sesi hari ini dipenuhi dengan perkongsian ilmu yang sangat bermakna, antaranya:

  • Slot Pengenalan: Memberikan gambaran besar mengenai kerangka RPM yang telah diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri.
  • Pembentangan Teras: Penjelasan mendalam mengenai strategi-strategi khusus, termasuk Slot Teras Strategik 1 yang disampaikan oleh Pn. Rashidah binti Mohd Said (Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi).

Semoga segala input yang diperoleh hari ini dapat diterjemahkan dalam bentuk latihan dan program kepimpinan yang berkualiti demi melahirkan Insan Sejahtera yang mampu mendepani cabaran global.

"Memacu Lonjakan Pendidikan Negara"