Sesi Libat Urus Program Kesihatan di Sekolah untuk Pemimpin Pendidikan bersama Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 12 Mac 2026. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan, Institut Aminuddin Baki Induk Kementerian Pendidikan, bertempat di Balai Cendekia, dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rashidah binti Mohd Said Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah Kanan Kluster Khidmat Profesional. Sesi ini juga dihadiri oleh YBrs. Dr. Jeffri bin Idris, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan, Encik Mohd Solehan bin Ahmad Shah, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Hal EHwal Murid dan Kaunseling (JPHEMK) bersama-sama Pensyarah Kanan JPHEMK terdiri dari YBrs. Dr. Zaharul Arifin bin Md Zin, YBrs. Dr. Indran a/l Subrumanian, Encik Mohd Faizul Firdaus bin Mohd Zulkifli, Puan Maheran binti Alias dan Puan Sumayah binti Mohamed.

Delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai oleh Encik Zulkifli bin Jamil, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pemakanan bersama-sama tiga orang Penolong Pengarah Kanan iaitu Dr. Nur Dayana binti Shaari, Puan Intan Hartini binti Ahmad Bidin dan Encik Mohd Al-Saufreen bin Akhiruddin.

Objektif Sesi Libat Urus:

  • Memperkukuh kerjasama strategik antara Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkasakan pelaksanaan Program Kesihatan di Sekolah.
  • Mendapatkan input terkini berkaitan peranan pemimpin pendidikan dalam memperkasakan amalan pemakanan sihat dan kesejahteraan murid di sekolah.
  • Mengintegrasikan dapatan sesi libat urus untuk diimplimentasikan dalam modul-modul latihan JPHEMK.

Penutup:

Semoga SLU ini dapat meningkatkan keberkesanan dan impak latihan kepada pemimpin pendidikan.