SEKITAR AKTIVITI: LAPOR DIRI PENGARAH BAHARU INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)
3 JUN 2026, seluruh warga Institut Aminuddin Baki (IAB) dengan penuh rasa hormat dan gembira telah menyambut ketibaan dan sesi lapor diri Pengarah IAB yang baharu:
YBRS. TUAN HAJI ROLAND @ ROZAIDI BIN ABU HASSAN
Sesi lapor diri ini menandakan bermulanya lembaran baharu buat IAB di bawah kepimpinan beliau, berkuat kuasa bermula Jun 2026. Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh barisan pengurusan tertinggi serta warga kerja IAB.
Seluruh warga institut menzahirkan komitmen padu untuk memberikan kerjasama terbaik serta menyokong penuh visi dan misi yang bakal diterajui oleh YBrs. Tuan Haji Roland demi memacu kecemerlangan kepimpinan pendidikan negara.
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan.
