Program MyDigital Excellence (MED) Institut Aminuddin Baki telah dilaksanakan dari 6. hingga 8 November 2024. Institut Aminuddin Baki (IAB) ialah peneraju Teras 3 Dasar Pendidikan Digital, yang berfokus kepada Budaya Kepimpinan Digital Berwawasan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, IAB memperkenalkan Program MyDigital Excellence yang bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian para peserta MyDigital Trainers (MDT).
Tujuan Pelaksanaan Program MyDigital Excellence:
Mengiktiraf pencapaian para peserta MyDigital Trainers (MDT) yang telah berjaya menyelesaikan kursus dan memenuhi kriteria bagi pengiktirafan profesional seperti Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE), Google Certified Educator (GCE) Level 1 & Level 2 dan Apple Teacher.
Platform untuk perkongsian amalan terbaik serta memberi peluang kepada peserta untuk berhubung dengan pihak industri bagi mengikuti perkembangan terkini dalam bidang teknologi.