Program Bicara Eksekutif MADANI bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah berlangsung pada 11 Oktober 2024 bertempat di Auditorium Seri Perdana Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra, Kedah. Bicara Eksekutif MADANI untuk siri kali kali ini memberi fokus kepada tajuk 'Peranan Pemimpin MADANI Dalam Memartabatkan Manusiawi dan Menyejahterakan Masyarakat'.

Turut hadir pada program ini ialah Pengarah IAB, YBrs. Encik Ab Aziz bin Mamat; Ketua Polis Negeri Kedah, YDH CP Dato' Fisol bin Salleh; Pengarah Cawangan IABCU, YBrs. Haji Faudzi bin Saad; dan Pegawai Khas kepada YB Menteri Pendidikan, YBrs. Encik Abu Seman bin Mat Karim. Bicara Eksekutif MADANI diharapkan menjadi titik tolak kepada usaha yang berterusan dalam kalangan pemimpin pendidikan untuk menyemarakkan nilai-nilai MADANI dalam setiap aspek kepimpinan dan pengurusan mereka bagi memastikan kesejahteraan, kemampanan dan keselamatan negara terjamin.

Program Bicara Eksekutif MADANI kali ini disertai sebanyak 300 peserta yang terdiri daripada barisan pemimpin dan pentadbiran pendidikan Zon Utara dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.