21 JULAI 2026 | Program Bersama Pelapis Barisan Hadapan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Zon Utara, Kelantan Dan Terengganu

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, telah menghadiri Program Bersama Pelapis Barisan Hadapan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Zon Utara, Kelantan dan Terengganu yang berlangsung di SMJK Phor Tay, Bayan Lepas.

Program anjuran Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB), ini bertujuan memperkasa barisan pemimpin pelapis sekolah melalui perkongsian pengalaman, pengukuhan kompetensi kepimpinan serta pendedahan kepada cabaran dan hala tuju pendidikan semasa.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"