Perhimpunan Bulanan Institut Aminuddin Baki (IAB) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Februari 2026 bertempat di Auditorium Perdana, IAB.
Majlis telah diserikan dengan amanat khas daripada Tn. Hj. Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan, yang menjalankan tugas Pengarah IAB. Antara intipati perkongsian beliau adalah penekanan terhadap pemerkasaan kualiti kepimpinan serta kesiapsiagaan warga IAB dalam mendepani cabaran pendidikan semasa.
Terima kasih kepada semua warga kerja yang hadir memberikan komitmen. Semoga amanat yang disampaikan menjadi pemangkin semangat dan kompas buat kita semua untuk terus memacu kecemerlangan organisasi.
"IAB: Peneraju Kepimpinan Pendidikan"
