MEMPERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK: KUNJUNGAN HORMAT REJIMEN ASKAR WATANIAH KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Kedatangan delegasi daripada Rejimen Askar Wataniah ke Institut Aminuddin Baki (IAB) hari ini menandakan satu lagi milestone penting dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala antara sektor pertahanan awam dan institusi kepimpinan pendidikan negara.

Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik, merangkumi perkongsian kepakaran, pembangunan modal insan, serta pemantapan teras kepimpinan dan jati diri dalam kalangan warga kedua-dua organisasi.

Antara fokus utama perbincangan termasuk:

🔹 Pertukaran pandangan mengenai kejurulatihan & pembangunan kepimpinan

🔹 Perkongsian ilmu dan pemantapan disiplin serta semangat patriotisme

🔹 Peluang penerokaan program/aktiviti usaha sama pada masa hadapan

Pihak Institut Aminuddin Baki merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan hormat ini.

Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama yang terjalin bakal memberi impak positif yang berpanjangan demi kemajuan organisasi dan negara.

“Bersama Membina Kepimpinan Berkaliber, Memelihara Kedaulatan Negara.”