19 Disember 2025, menjadi detik bersejarah buat warga Institut Aminuddin Baki (IAB).

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam, Timbalan Pengarah Kanan Kluster Khidmat Profesional atas segala khidmat bakti dan kepimpinan beliau sepanjang berkhidmat di sini.

Beliau bukan sekadar seorang pemimpin, malah merupakan mentor dan inspirasi buat kita semua dalam memperkasakan kepimpinan pendidikan. Segala ilmu, nasihat, dan jasa yang dicurahkan akan sentiasa terpahat di sanubari warga IAB.

Selamat bersara, Dr. Shariffah. Semoga fasa baharu ini membawa seribu rahmat, kesihatan yang berpanjangan, dan kebahagiaan di samping keluarga tersayang.

​"Tuai padi antara nampak,

Esok jangan layu-layuan;

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan."

#TerimaKasihDrShariffah

#JasamuDikenang

#Persaraan

#IAB

#KepimpinanPendidikan