28 JULAI 2026 | MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN KAUNSELOR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2026
“KESEJAHTERAAN HOLISTIK: GURU BITARA, NADI NEGARA”
Majlis Perasmian Persidangan Kaunselor Pendidikan Kementerian Pendidikan Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad.
Persidangan yang menghimpunkan seramai 470 kaunselor pendidikan daripada pelbagai bahagian dan institusi pendidikan ini menjadi platform perkongsian profesional bagi memperkukuh kompetensi, amalan terbaik serta peranan kaunselor dalam menyokong kesejahteraan warga pendidikan.
Berteraskan tema “Kesejahteraan Holistik: Guru Bitara, Nadi Negara”, persidangan ini menekankan kepentingan aspek kesejahteraan emosi, psikologi dan pembangunan insan sebagai elemen penting dalam memperkasa kualiti pendidikan negara. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan hala tuju Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, Kementerian Pendidikan komited memperkukuh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi melahirkan warga pendidikan yang sejahtera, berdaya tahan serta berprestasi tinggi.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
