Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki Ke-23 bagi Graduan NPQEL Ambilan Tahun 2022 dan Ambilan Tahun 2023 telah berlangsung pada 15 September 2024 (Ahad) di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).