Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin yang berlangsung di Auditorium Perdana pagi tadi

Majlis yang dianjurkan oleh KKRIAB ini diadakan khas sempena menyambut dan meraikan pelantikan Pengarah baharu IAB, YBrs. Tuan Haji Roland@Rozaidi bin Abu Hassan.

Suasana pagi tadi memang cukup tenang dan penuh barokah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, doa selamat, serta tazkirah ringkas yang dipimpin oleh Ustaz Zulhazmi bin Zakaria. Seterusnya, semua warga IAB yang hadir, sama ada secara fizikal di auditorium mahupun yang join secara maya menerusi Google Meet disamping dapat mendengar amanat dan ucapan sulung daripada Tuan Pengarah sendiri.

Selepas selesai urusan rasmi, apa lagi... masa untuk sesi ramah mesra sambil layan jamuan. Terima kasih diucapkan kepada semua warga IAB yang meluangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis.

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Roland@Rozaidi. Semoga IAB terus cemerlang di bawah kepimpinan baharu ini