Hari Jumaat, 12 Disember 2025 yang lalu, menjadi detik penuh emosi buat seluruh warga Institut Aminuddin Baki (IAB) apabila Tuan Pengarah IAB, YBrs. Encik Ab Aziz bin Mamat, telah melangkah keluar untuk yang terakhir kalinya sebagai Pengarah di IAB Induk.
Majlis 'Clock Out' terakhir beliau yang diadakan di Lobi Utama IAB Induk, Bandar Enstek, disaksikan oleh barisan kepimpinan dan warga kerja yang hadir untuk memberikan lambaian perpisahan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang memimpin IAB.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan atas dedikasi, bimbingan, dan kepimpinan Tuan Pengarah dalam memacu kecemerlangan IAB. Jasa dan amanat Tuan akan sentiasa menjadi inspirasi buat kami semua.
Kami mendoakan agar Tuan Pengarah YBrs. Encik Ab Aziz bin Mamat sentiasa sihat, dirahmati Allah, dan berjaya cemerlang dalam persinggahan kerjaya yang seterusnya.
