LAWATAN PENANDA ARAS ANTARABANGSA DARIPADA NOTRE DAME OF MARBEL UNIVERSITY, FILIPINA

Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dan lawatan penanda aras daripada delegasi Pascasiswazah Notre Dame of Marbel University (NDMU), Filipina yang telah berlangsung pada 16 April 2026.

Sesi lawatan ini merupakan satu platform perkongsian ilmu yang strategik, di mana pihak IAB berpeluang membentangkan amalan terbaik (best practices) berkaitan model latihan dan pembangunan profesionalisme pemimpin pendidikan di Malaysia.

Antara pengisian utama lawatan termasuklah:

✅ Sesi dialog interaktif bersama pengurusan tertinggi dan staf akademik IAB.

✅ Perkongsian modul latihan kepimpinan sekolah yang dipelopori oleh IAB.

✅ Lawatan berpandu ke fasiliti pembelajaran bagi meninjau ekosistem latihan yang disediakan.

Pihak IAB sentiasa menyambut baik inisiatif kolaborasi antarabangsa seumpama ini demi memperkukuh sinergi pendidikan di peringkat serantau. Semoga pertukaran idea ini memberikan impak positif kepada pembangunan institusi kedua-dua belah pihak.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dekan Pascasiswazah NDMU, Dr. Juvy S. Reyes dan seluruh delegasi atas kesudian memilih IAB sebagai destinasi rujukan kecemerlangan kepimpinan pendidikan.