29 Disember 2025 - Warga IAB Induk, Bandar Enstek berasa amat bertuah menerima Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Amzan bin Abd Malek, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), KPM.
Lawatan strategik ini dimulakan dengan sambutan Pengurusan Tertinggi (MPT) di lobi utama sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan di Balai Cendekia.
Antara agenda utama yang dikongsikan termasuklah:
- Inisiatif IAB COE - Memperkasakan kecemerlangan kepimpinan.
- Hala Tuju 2026 - Pembentangan ABM dan perancangan aktiviti tahun hadapan.
- Tinjauan Fasiliti - Lawatan ke bilik-bilik khas bagi memastikan kemudahan IAB sentiasa di tahap terbaik.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ atas kesudian menyantuni warga pendidik di Bandar Enstek serta perkongsian amanat yang cukup bermakna demi memartabatkan profesionalisme kepimpinan pendidikan di Malaysia.
Semoga segala perancangan yang dibincangkan hari ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi impak yang lebih besar kepada sistem pendidikan negara.
