SINERGI DUA 'POWER HOUSE': MEMACU KECEMERLANGAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN NEGARA
Satu pertemuan, seribu impak.
Kunjungan hormat Pusat Penyelidikan Dasar (CPR), Universiti Sains Malaysia (USM) ke Institut Aminuddin Baki (IAB) semalam (21 Mei 2026) bukan sekadar pertemuan rasmi biasa, tetapi merupakan titik pertemuan dua buah 'Power House' dalam bidang penyelidikan dasar dan latihan kepimpinan pendidikan negara.
Dalam perbincangan yang amat produktif semalam, Y.Bhg Profesor Sr Datuk Omar Osman (Pengerusi Panel Penasihat M Talent / USAINS) telah menggariskan beberapa pandangan dan hala tuju strategik yang amat luar biasa untuk masa depan kolaborasi ini:
4 Rangka Kerja Strategik Pandangan Y.Bhg Profesor:
VISIBILITY (Keterlihatan) - Kerjasama antara CPR USM dan IAB perlu diletakkan di pentas tertinggi. Melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan, kewujudan dan impak sinergi ini mesti kelihatan dengan jelas di peringkat nasional dan global.
SPARK (Pencetus Inspirasi) - Kolaborasi ini harus menjadi 'spark' atau pemangkin idea-idea segar dan inovatif dalam kaedah pengurusan pendidikan, sekali gus menyuntik semangat baharu kepada para pemimpin sekolah dan warga pendidik.
SUSTAIN (Kelestarian) - Setiap program, kajian, dan modul latihan kepimpinan yang bakal dirangka mestilah bersifat mampan dan munasabah untuk jangka masa panjang, bagi mendepani landskap pendidikan yang sentiasa dinamik.
MEDIA SAVVY (Kepekaan & Kebijaksanaan Media) - Di era digital ini, penyebaran ilmu dan impak hasil kerjasama ini perlu diuar-uarkan dengan bijak, kreatif, dan meluas menerusi platform media bagi membina persepsi serta penglibatan yang positif daripada masyarakat.
Menggandakan Potensi Modal Insan
Gabungan kepakaran penyelidikan dasar peringkat tinggi oleh delegasi USM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk (Pengarah CPR USM) bersama kebitaraan IAB di bawah pimpinan YBrs. Tuan Haji Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan pasti akan membuka lembaran baharu yang lebih gemilang.
Terima kasih Y.Bhg Profesor Sr Datuk Omar Osman atas perkongsian minda yang amat tajam dan bernilai tinggi. Semoga blueprint kerjasama strategik ini membuahkan hasil yang berimpak tinggi demi masa depan pemimpin negara.
