Kunjungan Hormat Pengarah Institut Aminuddin Baki, Encik Ab Aziz bin Mamat kepada Pengarah INTAN, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff.
Tarikh : 4 September 2024
Masa : 2:30 petang
Tempat : Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
Antara matlamat kunjung hormat tersebut ialah:
1) Membincangkan peluang dan ruang kolaborasi serta kerjasama antara INTAN dan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
2) Merapatkan hubungan strategik di antara IAB dan INTAN.
3) Membuka perkongsian ilmu berhubung dengan rancangan jangka panjang berkaitan pembangunan kepemimpinan pendidikan.