Kunjungan Hormat Pengarah Institut Aminuddin Baki, Encik Ab Aziz bin Mamat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun.
Institut Aminuddin Baki (IAB) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada perwakilan IAB.
Tarikh : 02 Oktober 2024 (Rabu)
Tempat : Wisma Negeri, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.
Antara matlamat kunjung hormat tersebut adalah:
1) Membincangkan peluang dan ruang kolaborasi serta kerjasama antara Kerajaan Negeri Sembilan dan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
2) Merapatkan hubungan strategik di antara IAB dan Kerajaan Negeri Sembilan.
3) Membuka perkongsian ilmu berhubung dengan rancangan jangka panjang berkaitan pembangunan kepemimpinan pendidikan.