Pada 23 Jun 2026 (Selasa) yang lalu, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi bin Haji Othman, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan (SOE, UUM). Pertemuan yang penuh mahabbah ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Balai Cendekia, IAB Bandar Enstek.
Pertemuan strategik ini menjadi platform terbaik buat kedua-dua institusi dalam memperkukuh jalinan kerjasama, bertukar-tukar pandangan, serta meneroka peluang kolaborasi baharu demi memajukan landskap kepimpinan pendidikan negara.
