Pada 25 Jun 2026 (Khamis), Institut Aminuddin Baki (IAB) telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Madya Dr. Kenny Cheah Soon Lee, selaku Ketua Editor Malaysian Online Journal of Educational Management (MOJEM) dari Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Pertemuan strategik ini memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama akademik, perkongsian kepakaran dalam bidang pengurusan pendidikan, serta penerokaan peluang kolaborasi penerbitan jurnal berimpak tinggi antara kedua-dua institusi pada masa hadapan.

Semoga sinergi yang terjalin ini dapat memacu kecemerlangan kepimpinan pendidikan negara ke tahap yang lebih gemilang.