Pada hari ini, 16 Oktober 2024, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena Projek Khas Naib Canselor (VCSP) P401 : UiTM Talent Quest. Antara tujuan utama bagi perjumpaan ini adalah meningkatkan ruang dan peluang kolaborasi di antara UiTM dan IAB.
Perjumpaan hampir selama 3 jam itu diketuai oleh Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional), Dr. Hjh. Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam dan ketua delegasi UiTM, Encik Azman bin Erwan Eralian telah membincangkan pelbagai aspek bagi kolaborasi di masa hadapan.