Institut Aminuddin Baki (IAB) amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) hari ini.

​Sesi pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni ini telah membincangkan pelbagai potensi kerjasama dua hala, khususnya dalam aspek pembangunan kepimpinan pendidikan serta perkongsian kepakaran akademik antara kedua-dua institusi.

​Terima kasih kepada pihak UPTM atas kesudian berkunjung ke kampus kami.

Semoga pertemuan pada hari ini menjadi titik permulaan kepada kolaborasi yang lebih bermakna demi kecemerlangan pendidikan negara.