Bicara Eksekutif MADANI IAB telah berlangsung di IAB Cawangan Genting Highlands pada 23 Oktober 2024. Pelaksanaan program ini bertemakan Kepimpinan Pendidikan MADANI, Pengupaya Pendidikan Manusiawi. Sebanyak 650 orang yang terdiri daripada pelbagai bahagian Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta pengetua dan guru besar menghadiri program tersebut.

Antara tokoh yang hadir ialah YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; YBhg Datuk Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO); dan YBrs. Tuan Haji Zamri bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM.