Pusat Pembangunan Komuniti telah menganjurkan Bengkel Program Sejahtera MADANI Siri 2/2026 dari 12 hingga 14 Julai 2026 bertempat di Sumai Apartment Hotel Kuala Terengganu. Program ini telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Objektif utama program adalah untuk memantapkan kepimpinan instruksional dan memupuk nilai teras MADANI dalam ekosistem pendidikan.
